Memaparkan catatan dengan label Amazing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amazing. Papar semua catatan

25 Oktober 2010

Amazing "Penyu menjadi batu"

Pada mulanya saya kurang yakin juga dengan buah mulut orang dengan cerita "penyu menjadi batu " ni. Mustahil penyu menjadi batu. Tetapi cerita ini semakin panas kedengaran dan menjadi bahan cerita setiap hari. Akhirnya saya mengambil keputusan dengan mengunjungi tempat yang dimaksudkan. Tempat beradanya penyu menjadi batu tersebut ialah terletaknya di sebuah kampung terpencil iaitu Kg Babagu daerah Beluran-Sabah. Perjalanan rombongan kami ke tempat ini dengan menaiki bot seramai 5 orang. Dan apa yang diceritakan sebelum ini ternyata benar belaka. Persoalannya bagaimana cengkerang penyu ini menjadi batu. Mungkin juga oleh kerana faktor cuaca atau terawet sendirinya, entahlah apa jawabnya.

Bersama Pakcik tuan yang empunya Penyu

Menurut pakcik yang empunya cengkerang penyu ini, dia menemuinya tersangkut dipukatnya ketika keluar memukat di Teluk Semangat. Memang unik dan menakjubkan kejadian ini. Setelah berbual-bual panjang dengan pakcik tersebut , saya mengambil kesempatan untuk mengambil seberapa banyak foto dari segenap sudut, bukannya apa benda pelik perlu banyak foto dari pelbagai sudut barulah kira puas hati.

Seorang rakan yang turut dalam rombongan saya

Sudut depan, cengkerang ini masih kelihatan kukuh

Sudut belakang, berat juga cengkerang penyu ni

Sudut atas, masih cantik dan unik cengkerang ini

Perjalanan ke tempat ini tidak semudah disangkakan. Untuk ke tempat ini hendaklah bermula dari Kg Kanibongan, Pitas dengan menaiki bot selama kira-kira 2 jam dan jika bernasib baik perjalanan tersebut akan disajikan dengan pemandangan buaya yang sedang berehat di tepi-tepi bakau. Ketika sesi perbualan dengan pakcik tersebut, saya cuba bergurau dengan beliau untuk membeli cengkerang tersebut tetapi beliau enggan menjualnya sebaliknya beliau lebih rela menyimpan objek tersebut sebagai koleksi simpanannya. Apapun hajat mencari kebenaran telah tercapai lalu dikongsikan bersama dengan semua rakan-rakan blogger dan penggunjung blog saya. Wallahuallam...

10 Oktober 2010

Amazing " Giant Pumpkin" in the world

"Giant Pumpkin"

Foto Rod Kirkpatrick


Menakjubkan begitulah uniknya Pumpkins yang berasal dari Lymington, Hampshire. Berat buah ini ialah 750 kg iaitu menyamai berat sebuah kereta mini seperti Perodua Kancil atau Perodua MYVI. Menurut kedua beradik yang mengusahakan ladang sayur dan buah-buahan ini iaitu Lan dan Stuart Paton setiap hari pertambahan berat pumpkins ini ialah sebanyak 13 kg. Dan ekoran dari itu saiz pumpkins yang besar ini telah direkodkan ke British and European Records.

29 September 2010

Amazing Building in the World


Mekah (Mecca)
house attack,Viena Austria

La Pedrera.(Barcelona Spain)

Atlantis.Dubai

Device-to-Root-Out-Evil-Vancouver-Canada

forest spiral Darmstadt,Germany

 habitat 67.Montreal,Canada
kansas city public library,Missouri US
Kunsthaus.Graz,Austria

Raffles Dubai In Wafi City

the torre galatea figueras,spain

Upside-down-house-Poland

Upside-down-house-Poland

21 September 2010

Manusia Berwajah Syaitan


Gavin Paslow

Disebuah tempat Seasalter, Kent, Britain, terdapat seorang manusia yang berwajah syaitan. Dikatakan individu ini dengan sengaja membuat pengubahsuaian terhadap wajahnya supaya menyerupai wajah syaitan. Individu yang dimaksudkan ialah Gavin Paslow. Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa sebab wajahnya berwajah syaitan. Beliau telah membuat pembedahan dengan sejumlah RM20,861. dan sehingga kini dalam usia 37 tahun beliau dikenakan perintah berkurung bermula dari 5.00 petang hingga 5.00 pagi. Antara yang bentuk wajahnya yang diubahsuai ialah terdapat benjolan tanduk di dahinya, lidah bercabang dua dan mempunyai gigi taring.

15 September 2010

Underwater Sports

Underwater Sports





Gambar-gambar sukan yang pelik ini terasa seronok juga tengok