Sudah lama agaknya merancang untuk mengadakan sesi outing ke Kg Simpangan, terutamanya sungai simpangan yang begitu indah dan mempersonakan kepada mereka yang meminati foto landskap.
Untuk mengelakan sebarang kemungkinan seperti tersesat jalan, mencari sudut menarik dan mustahak juga faktor keselamatan, selalunya saya tiba lebih awal di lokasi. Dan hal ini saya lakukan di Sungai Simpangan. Tiba seawal 5.20 pagi iaitu sebaik sahaja selesai bersahur dan tindakan ini memberi ruang kepada saya untuk mencuba-cuba pelbagai sudut menarik untuk merakam foto.
Saksikan beberapa koleksi foto yang telah saya selitkan sebagai perkongsiaan kepada rakan-rakan yang berminat untuk berkunjung ke tempat ini. Dan jangan tersilap pula, kerana sungai ini telah di taggal, kalian hanya boleh melihat dan bermain-main dengan ikan
di sungai tersebut.
Akushatra BlackBerry®
30 Julai 2012
26 Julai 2012
Mt.Kinabalu Dari Kg Rajunah
Foto 1. Gunung KInabalu dari Kg Rajunah
Foto 2. Menggunakan Teknik Slow Shutter Speed
Gunung Kinabalu adalah simbol kemegahan dan keunikan bagi negeri Sabah. Siapa-siapapun yang berkunjung ke negeri ini, sudah pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan gunung ini.
Bagi fotografer pula sudah pasti panorama Gunung Kinabalu adalah merupakan senarai keutamaan sebagai koleksi terpenting. Rakaman pula ada pelbagai lokasi, sudut menarik dan situasi cuaca. Namum kali ini saya nak koongsikan sudut, lokasi dan cuaca yang berlainan iaitu bukanya berada di atas gunung ataupun tempat popular Kundasang.
Rakaman saya ialah dari Kg Rajunah, yang jauhnya lebih kurang dalam 30KM dari kaki Gunung Kinabalu. Lokasi ini berada di daerah Kota Belud dan betul-betul menampakan gunung seolah-olah berada di atas air iaitu kolaborasi antara sungai Kadamaian dan gunung. Pendek cerita semua POI dalam gambar memang menarik, background panorama gunung dan jika bernasib baik langit membiru serta foreground pula aliran sungai Kadamaian yang datangnya dari gunung juga. Jom selak-selak hasil rakaman saya di Kg Rajunah....saksikan juga Photo Outing saya dari Kg Tambatuon kelak..
Akushatra BlackBerry®
25 Julai 2012
Kuala Putatan
Foto 1. Kayu Besar Slow Shutter Speed
Foto 2 Dari Jarak keseluruhan
Foto 3 Sunset
Foto 4 Rakaman lewat petang
Kuala Putatan seronok merakamkan keindahan alam semulajadi tempat ini. Namun saya telah beberapa kali ke tempat ini untuk merakamkan beberapa perbezaan cuaca sunset dan sunrise.
Sedikit hendak saya kongsikan tips photo landscapes selain dari bersabar dalam menanti, agak perlu juga prihatin dengan perubahan cuaca. Sesekali perlu juga melihat ramalan kaji cuaca, agar outing kalian tidak merugikan dan membuang masa.
Bercerita tentang lokasi rakaman, saya fikir terdapat banyak lagi yang boleh dieksploitasikan ditempat ini, seperti foto wedding ataupun potrait model. Mungkin suatu masa kelak saya pula akan merakamkan kesemua ini. Namum kali ini paparan saya hanyalah foto landskap sahaja..
Akushatra BlackBerry®
Bantayan Yang Mempersonaa
Foto 1 Pemandangan sebelah pagi
Foto 2. Refelection yang menarik
Foto 3. Menggunakan Teknik Slow Shutter Speed
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Beramal Ibadat juga kepada kalian yang seangkatan dengan saya. Alhhamdulilah syukur berkesematan juga berkunjung ke Kg Bantayan untuk merakamkan panorama indah di waktu pagi.
Kampung ini seolah-olah telah susun atur landskapnya, pandang kanan kita akan di sajikan dengan keindahan tasik yang dihiasi dengan ranting-ranting kayu mati, begitu menarik dirakam dengan efek refelection. Kebetulan ketika itu langit membiru dan saya berasa beruntung.
Pandang kiri pula kita akan dihidangkan dengan keindahan muara sungai yang menjadi laluan utama bot nelayan turun ke laut. Dan satu perkara lagi ialah rakaman foto akan dihiasi dengan background Gunung Kinabalu yang menjadi simbol keindahan negeri Sabah. Silalah saksikan beberapa hasil rakaman yang sempat saya rakamkan.
Insyala saya akan selitkan lagi di masa akan datang panorama menjelang sunset kg Bantayan ini...jumpa lagi
Akushatra BlackBerry®
13 Jun 2012
Outing Ke Pulau Bohey Dulang
Foto 1 Pulau Bohey Dulang
Foto 2 Tiba di Jeti Pulau Bohey Dulang
Foto 3 Mendaftar dulu sebelum memulakan pendakian
Foto 4 Pendakian yang memenatkan namun seronok
Alhamdulilah hajat selama ini, hendak berkunjung ke kepulauan indah Semporna, Akhirnya tercapai juga. Bermula dari tanggal 2-4 Jun tumpuan outing group saya tertumpu di beberapa pulau, antaranya bermula dari Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Maiga dan berakhir di Pulau Sibuan. Boleh dikatakan kesemua pulau yang kami kunjungi amat indah dan menakjubkan kepada para fotografer.
Fokus catatan kali ini ialah tertumpu di Pulau Bohey Dulang dan yang lain-lainnya akan menyusul kelak. Bermula seawal jam 5 pagi kami telah bersiap untuk menuju destinasi dan selepas sahaja sarapan pagi di Hotel Seafest, maka bermulalah kembara merentas lautan yang membiru menuju ke Pulau Bohey Dulang. Perjalanan kami dengan menaiki bot yang saya fikir begitu besar serta selesa, turut dibuai-buai ombak besar. Situasi ini tentu merisikokan kami serta peralatan kamera, namun semua itu tidak menjadi masalah kerana yang ada didalam otak masing-masing ialah keseronokan pulau yang akan kami kunjungi.
Foto 5 Lautan membiru dari Puncak
Sebaik sahaja tiba di jeti pulau ini, rasanya tidak sabar hendak merakam panorama indah pulau ini, namun kami perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter dan membuat pembayaran untuk guide. Untuk mendapatkan rakaman foto yang menarik, setiap fotografer haruslah merakam dari atas puncak pulau ini. Maka untuk itu perlulah mendaki bukit yang memakan masa kira-kira 50 minit dan terpaksa berhadapan dengan risiko, permukaan batu yang licin, tanah berlumpur dan kawasan belukar yang merimaskan. Tetapi semua itu terlupa seketika apabila asyik melihat pemandangan indah sepanjang pendakian ke puncak.
Tiba sahaja di puncak, hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan, memang benarlah apa yang didengar dan dilihat menerusi mana-mana gambar rakan dan orang lain. Pulau ini memang begitu indah dan menakjubkan. setiap sudut penting dirakamkan dengan begitu teliti dan hasilnya seperti foto-foto yang diselitkan untuk tatapan rakan-rakan. Selesai sahaja kesemua rakaman yang saya rasakan hampir melepasi satu jam untuk berada di atas puncak, akhirnya kami terpaksa meninggalkan puncak Pulau Bohey Dulang kerana hendak bergegas lagi ke destinasi yang ke seterusnya.'
Foto 6 Selamat tinggal Bohey Dulang, jumpa lagi untuk Outing Siri 2 nanti
11 Mei 2012
Teluk Villa Panorama
Foto 1: Jeti Teluk Villa
Tempat para nelayan sibuk melayan pelanggan yang berebut-rebut hendakan ikan segar dan enak
Foto 2: Panorama Teluk Villa
Amat indah untuk Photo Wedding
Foto 3: Teluk Villa
Kebiruan pagi yang menawan dan mempersona, sesuai untuk menenangkan jiwa dan memanjing
Alhamdulillah sempat juga berkunjung ke Teluk Villa-Putatan ini, sebelum ini hanya dengar perkabaran dari rakan-rakan betapa indahnya tempatnya. Dan kesempatan yang ada, syukur dapat juga merakam keindahan panorama tempat yang cantik ini. Lain masa pula saya akan berkunjung semula ke lokasi ini untuk merakam foto wedding dan sunset pasti lagi dasyat.
Langgan:
Catatan (Atom)





