02 Januari 2012
01 Januari 2012
Koleksi Foto Kawin Aznah & Nordin
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan pengantin, semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. Terima kasih juga diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai fotografer rasmi majlis resepsi kalian.
Bercerita mengenai prospek kerja rakaman, sememangnya menyeronokan, namun memenatkan, mujurlah sepupu saya yang juga seorang fotografer banyak membantu dari pelbagai aspek seperti idea dan skill. Pengalaman menarik yang pasti dialami oleh setiap fotografer perkawinan ialah aksi posing pada pengantin, tujuannya mudah iaitu untuk mewujudkan suasana yang bermakna dan memberi sentuhan nostalgia pada gambar.
Dalam hal ini alhamdulillah telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Terima kasih pasangan pengantin yang cool dan mampu berposing dengan menarik di depan kamera.
Outing Perdana Park-Tanjung Aru
Berkunjung ke tempat ini memang mengasyikan, sambil bersenam kalian juga boleh rehatkan minda setelah penat berkerja. Dan paling penting bagi saya ialah merakamkan panorama malam yang indah tempat ini. Dengan acara kemuncaknya iaitu air pancut berirama, melengkapkan koleksi rakaman foto kalian. Jom saksikan sebahagian daripada hasil rakaman saya...
27 Disember 2011
Majlis Resepsi Aznah & Nordin
Foto 1. Keceriaan sesi keluarga bersama pasangan pengantin
Foto 2. Acara menyarungkan cincin..tahniahhh
Alhamdullilah selesai juga tugasan yang telah diamanahkan untuk merakamkan detik manis pasangan pengantin Aznah & Nordin. Terima kasih kerana memberi keyakinan pada saya untuk merakamkan gambar perkahwinan kalian.
Terima kasih juga kepada seluruh keluarga kedua belah pihak kerana memberi layanan yang amat istimewa dan begitu juga kepada pasangan pengantin yang pandai bergaya serta amat memberi kerjasama sepanjang sesi rakaman. Kepada adik sepupu saya Sharif Asri(http://akujerit.blogspoot.com/) thanks to you, banyak memberi kerjasama sebagai salah seorang jurukamera dan idea sepanjang sesi fotografi, dasyat betul Canon 60D apabila digandingkan dengan Tamron...
13 Disember 2011
LensaKu Ke Putrajaya
Foto 1. Jambatan Beraneka Impak Warna
Foto 2. Kubah Masjid Putrajaya
Foto 3. Panorama Pagi Istana di Putrajaya
Foto 4. Ketenangan Sekitar Waktu Pagi Pusat Pentadbiran PJ
Foto 5. Ketenangan Tasik Putrajaya dari PICC
Foto 6. Pemandangan Masjid Putrajaya
Alhamdulillah berkesempatan juga berkunjung ke pusat bersejarah negara Putrajaya yang menjadi lambang kebanggaan dan ikon Malaysia. Tempat ini begitu luas dan banyak sudut menarik untuk diframekan dan diterjemahkan ke dalam foto. Namum faktor saiz tempat ini yang begitu luas, membuatkan saya sukar untuk menakluknya dengan masa yang begitu singkat. Jom saya nak kongsikan hasil foto yang sempat saya ambil ketika singgah ke Putrajaya.
25 November 2011
Kembara Alam
Kesempatan Kembara Alam memberi peluang dan keuntungan buat saya abadikan panorama sebegini indah. Lokasi salah sebuah kepulauan di Sandakan Sabah.
Langgan:
Catatan (Atom)





