13 Jun 2012

Outing Ke Pulau Bohey Dulang


Foto 1 Pulau Bohey Dulang 


Foto 2 Tiba di Jeti Pulau Bohey Dulang

Foto 3 Mendaftar dulu sebelum memulakan pendakian

Foto 4 Pendakian yang memenatkan namun seronok

Alhamdulilah hajat selama ini, hendak berkunjung ke kepulauan indah Semporna, Akhirnya tercapai juga. Bermula dari tanggal 2-4 Jun tumpuan outing group saya tertumpu di beberapa pulau, antaranya bermula dari Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Maiga dan berakhir di Pulau Sibuan. Boleh dikatakan kesemua pulau yang kami kunjungi amat indah dan menakjubkan kepada para fotografer.

Fokus catatan kali ini ialah tertumpu di Pulau Bohey Dulang dan yang lain-lainnya akan menyusul kelak. Bermula seawal jam 5 pagi kami telah bersiap untuk menuju destinasi dan selepas sahaja sarapan pagi di Hotel Seafest, maka bermulalah kembara merentas lautan yang membiru menuju ke Pulau Bohey Dulang. Perjalanan kami dengan menaiki bot yang saya fikir begitu besar serta selesa, turut dibuai-buai ombak besar. Situasi ini tentu merisikokan kami serta peralatan kamera, namun semua itu tidak menjadi masalah kerana yang ada didalam otak masing-masing ialah keseronokan pulau yang akan kami kunjungi.

Foto 5 Lautan membiru dari Puncak

Sebaik sahaja tiba di jeti pulau ini, rasanya tidak sabar hendak merakam panorama indah pulau ini, namun kami perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter dan membuat pembayaran untuk guide. Untuk mendapatkan rakaman foto yang menarik, setiap fotografer haruslah merakam dari atas puncak pulau ini. Maka untuk itu perlulah mendaki bukit yang memakan masa kira-kira 50 minit dan terpaksa berhadapan dengan risiko, permukaan batu yang licin, tanah berlumpur dan kawasan belukar yang merimaskan. Tetapi semua itu terlupa seketika apabila asyik melihat pemandangan indah sepanjang pendakian ke puncak.

Tiba sahaja di puncak, hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan, memang benarlah apa yang didengar dan dilihat menerusi mana-mana gambar rakan dan orang lain. Pulau ini memang begitu indah dan menakjubkan. setiap sudut penting dirakamkan dengan begitu teliti dan hasilnya seperti foto-foto yang diselitkan untuk tatapan rakan-rakan. Selesai sahaja kesemua rakaman yang saya rasakan hampir melepasi satu jam untuk berada di atas puncak, akhirnya kami terpaksa meninggalkan puncak Pulau Bohey Dulang kerana hendak bergegas lagi ke destinasi yang ke seterusnya.'

Foto 6 Selamat tinggal Bohey Dulang, jumpa lagi untuk Outing Siri 2 nanti

11 Mei 2012

Teluk Villa Panorama


Foto 1: Jeti Teluk Villa
 Tempat para nelayan sibuk melayan pelanggan yang berebut-rebut hendakan ikan segar dan enak

Foto 2: Panorama Teluk Villa
Amat indah untuk Photo Wedding

Foto 3: Teluk Villa
Kebiruan pagi yang menawan dan mempersona, sesuai untuk menenangkan jiwa dan memanjing

Alhamdulillah sempat juga berkunjung ke Teluk Villa-Putatan ini, sebelum ini hanya dengar perkabaran dari rakan-rakan betapa indahnya tempatnya. Dan kesempatan yang ada, syukur dapat juga merakam keindahan panorama tempat yang cantik ini. Lain masa pula saya akan berkunjung semula ke lokasi ini untuk merakam foto wedding dan sunset pasti lagi dasyat.

24 Mac 2012

Jom Bersosial Menerusi Twitter

Assalamulaikum dan Sejahtera sekalian kepada seluruh rakan-rakan blogger, fotografer, kaum sahabat dan follower blog saya ini, dengan segala hormatnya, saya menjemput bersosial menerusi social networking yang kian popular iaitu Twitter..jom saling follow menerusi akaun twitter saya @sharifputra

16 Mac 2012

Kota Belud Pagi Yang Indah

Foto 1 Sawah Padi dan Mt Kinabalu dari Kota Belud

Foto 2 Selamat Pagi dari Sawah Kota Belud

Foto 3 Suasana tenang dan menghiburkan

Foto 4 Sebahagian relung sawah diusahakan dan sebahagian masih belum terusik


Kota Belud Pagi Yang Indah, demikianlah ungkapan yang dapat saya katakan menerusi rakaman panorama kali ini. Sebaik sahaja selesai segala aktiviti di Tenom, saya bergegas pula ke Kota Belud dan tiba pada sebelah malam. Untuk nasib pada sebelah paginya cuaca cerah penuh keindahan, maka dapatlah saya merakamkan panorama menarik kali ini.

Bermula dari jam 5.00am, saya sudah siap sedia di lapangan sementara menunggu terbitnya mentari, ini merupakan peluang yang agak lama saya nantikan untuk merakamkan fenomena pagi di desa seindah sawah padi Kota Belud.

Panorama kali ini amat indah dipandang, namun jika dapat diabadikan menerusi gambar, lagi molek dan nostalgia. Terbitnya mentari yang kekuningan menampakan pula kehijauan sawah padi yang berlatar belakangkan gunung Kinabalu yang samar-samar mempersona.

Sayangnya saya tidak berpeluang merakamkan aksi dan kelibat para pesawah pada sesi rakaman kali ini. Agak puas juga menanti kehadiran mereka, namun nasib tak menyebelahi saya, kerana ketika rakaman tersebut, para pesawah lewat turun sawah atau tengah cuti.

15 Mac 2012

Trip Outing Keningau

Kali ini cuaca agak bagus dan memberi kesempatan kepada saya untuk merakamkan keindahan panorama Keningau. Bermulanya perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu, Kimanis dan akhirnya saya berada di Banjaran Crocker Sabah(Crocker Range Sabah). Namun kali ini nasib kurang bagus dan kunjungan ke tempat ini sebenarnya tidak tepat, insyallah bulan julai kelak saya akan datang lagi untuk merakamkan bunga rafflesia di taman ini.

12 Mac 2012